I got it from somewhere..
Here is the story..
Kringggg..
Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab Alif ringkas.
Kenapa Alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu
Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.
Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Oh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
-quoted-
I don't know how true was this story..
tp, sy pasti, memang wujud org yg mcm ni..moga diberikan iman yg teguh..moga Allah kuatkan hati.
Memang,
Semuanya ujian. Segalanya ujian.
Xde kebahagiaan yg kekal kt dunia ni.
Gembira kejap je, lepas tu sedeh.
Mende ni silih berganti.
Akhirat sanalah kebahagiaan abadi.
Ujian orang lain2..
Kegagalan itu ujian,kejayaan pn ujian,kebahagiaan itu ujian, kesedihan jugak ujian.
Dan ujian ni semua, x lain dan xbukan utk tggikan darjat iman kita. Ye tak? :P
❝..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?..❞
Al-ankabut~29:2
Moga Allah kuatkan hati kita semua
utk tempuh ujian yg Dia beri dgn penuh redha..
Amin.
Fuh fuh ganbatene! xD
No comments:
Post a Comment